Thursday, 28 September 2017

Kehidupan Di KMPH



Assalamualaikum ,bercakap pasal Kolej Matrikulasi Pahang ni, ya itulah tempat yang saya telah pilih untuk menyambungkan pelajaran sekarang. Sememangnya pusat pengajian yang paling best! Siapa kata Matrikulasi tak best? Sebenarnya memang tak best pon tapi atas orang lah. Kalau tak biasa duduk asrama dan benci peraturan, memang itu la jawapannya.




Pertama sekali,dari segi fasiliti untuk pembelajaran, semuanya cukup.Perpustakaan ada dua tingkat jer, tapi letih gila kalau naik tangga time nak masuk makmal bahasa atau makmal komputer. Lif pun ada tapi untuk lecture sahaja. Bangunan tutorial setinggi 4 tingkat dan tiada lif, kekadang akan ada ramai yang terhantuk kepala masa naik . Dewan kuliah kecil (DKK) ada 4. Dewan kuliah besar (DKB) ada 2. Penghawa dingin kadang-kadang berfungsi,so panas tu memang dasyat. Dewan ada dua. Satu Dewan Mat Kilau(DMK), terletak di tengah-tengah pusat belajar. Satu lagi Dewan Dato' Bahaman (DDB), terletak bersebelahan astaka dan sangat jauh. Kedua-dua dewan ini pon tiada penghawa dingin. 

Surau disana diberi nama Surau Al-Muttaqin. Dua tingkat. Kalau time solat Jumaat, orang luar pun boleh masuk.Tempat study pon boleh kalau dekat surau,lebih afdhal katanya.
Mesin ATM pula cuma ada bank islam dan bank rakyat sahaja. Lokasi mesin ni betul-betul dekat pagar utama KMPh. Bertentangan dengan pondok pengawal. Mesin ATM ni memang jauh. Saya sarankan supaya bawa payung sekali bila nak pergi cucuk duit sebab takde susur gajah. Jangan risau, bila sampai dekat mesin tu, korang akan menikmati saat indah bila keluarkan duit dalam bilik yang berpenghawa dingin tu. Haha.

Seterusnya, blok bangunan asrama. Dekat sini ada 3 Kolej kediaman iaitu A,B dan C. Setiap Kolej ada 2 lagi blok. So, total ada 6 buah bangunan.
Dalam bilik boleh memuatkan 4 orang. Katil single. Meja study dilengkapi lampu study ada 4. Almari besi ada 4 tapi kena bawa bantal dan cadar sendiri. Haha.Tandas terletak di luar. Setiap aras ada tempat ampaian. Aras 1&2 dilengkapi kemudahan dobi. Dekat ground floor pun ada ampaian.

Kedai runcit dekat pusat pelajar pun ada. Macam-macam boleh beli. 
Setiap kolej kediaman ada court. Ada court badminton & bola keranjang. Selain court di Kolej kediaman, court lain pun ada terletak di unit sukan. Seingat saya, Ada court squash, tenis & badminton (indoor). Trek sukan pun ada. Astaka pun besar jugak, dua tingkat.





Tempat rekreasi lain adalah seperti tasik, Laluan Sihat (tempat jogging start dari tasik), Disebabkan ia terletak dikawasan tinggi, jadi budak-budak suka lepak dekat situ. Basikal pun boleh sewa. Setiap hari kecuali sabtu & ahad. Mesti pakai pakaian sukan & berkasut sukan serta bawa kad Matrik.

Pakaian semasa kuliah. Pelajar perempuan wajib pakai baju kurung. Pelajar lelaki berkemeja tiap-tiap hari. T-shirt dan jeans tak boleh pakai. Kasut mesti bertutup bagi semua pelajar. Pakaian kebangsaan boleh asalkan tidak menganggu konsentrasi pelajar. 


Setakat ini sahaja yang saya mampu kongsikan. Walaupon lokasi agak jauh dari bandar tapi suasananya tenang dan damai.

No comments:

Post a Comment

Tips Gaya Hidup Sihat

1. Piramid makanan Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan seperti karbohid...