Thursday, 28 September 2017

Tips Gaya Hidup Sihat

1. Piramid makanan



Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan seperti karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air dan serat mengikut kadar yang bersesuaian.Elakkan selalu makan di luar kerana makanan di luar banyak menggunakan MSG yang boleh memudaratkan tubuh badan. Selain itu, makanan di luar juga kebiasaannya mempunyai minyak yang berlebihan berbanding masak dan makan di rumah. Kerana di rumah, anda boleh mengawal sukatan minyak untuk masakan anda dan keluarga.
Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi.
lebihkan makan buah-buahan yang asli dan mengandungi serat dan vitamin
2. Melakukan aktiviti senaman



Berjoging boleh, berbasikal boleh, beryoga pun boleh kalau anda tak nak keluar rumah.
Anda juga boleh bawa ahli keluarga anda untuk sama-sama bersenam dan mengeluarkan peluh dari tubuh badan. Bukan sekadar dapat meningkatkan tahap inumisasi badan, malah dapat juga mengeratkan hubungan anda dan keluarga.
Jika anda sibuk bekerja, anda boleh lakukan senaman ringan di awal pagi sebelum kerja atau selepas pulang kerja. Amalan yang sihat ini dapat membantu badan anda mendapatkan minda yang cergas dan badan yang sihat.
3. IAir masak yang cukup



Untuk dapatkan badan yang sihat, badan memerlukan air yang secukupnya. Bukan air manis atau berkarbonat, tapi air kosong atau air masak yang membolehkan badan pemprosesan di dalam badan berjalan dengan lancar.
Selain itu, anda juga boleh amalkan minum jus buah-buahan tanpa gula untuk menambahkan vitamin dalam badan. Seeloknya anda buat sendiri jus tersebut berbanding beli di kedai.
4. Mengawal BMI



Badan yang sihat mestilah mempunyai berat badan yang ideal. Oleh itu, anda haruslah mengawal berat badan anda. Jangan makan terlalu berlebihan atau terlalu berdiet sangat sehinggakan BMI (Body Mass Index) anda tidak normal atau obes.
Anda haruslah pastikan berat badan anda bersesuaian dengan ketinggian anda. Macam mana nak kira BMI? Dah lupa?
5. Tidur malam yang cukup



tidur yang secukupnya bagi mengurangkan tekanan dan merehatkan badan dan minda. Selain itu, ia dapat mengecas kembali tenaga anda yang telah hilang sepanjang seharian anda bekerja.
Oleh itu, apabila badan dan minda anda cukup rehat, hidup anda akan lebih cergas dan metabolism badan anda akan lebih lancar. Anda akan mendapatkan gaya hidup yang sihat.
Tapi, terlebih rehat dan terlebih tidur juga tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan membuatkan and menjadi lesu dan malas. Sebab itu anda harus tidur dan rehat secukupnya yang diperlukan oleh badan anda.
6. Melakukan aktiviti yang diminati
Lakukan aktiviti-aktiviti yang anda minati seperti mendaki, berkayak, memancing dan sebagainya yang boleh mengurangkan tekanan kerja anda.
Cari masa hujung minggu anda dan luangkan sedikit masa untuk aktiviti anda itu. Anda boleh melakukan aktiviti tersebut bersama keluarga atau kawan-kawan.
7. Mengutamakan kebersihan
Utamakan kebersihan diri, keluarga dan rumah anda. Jangan duduk dalam kawasan yang tidak bersih atau kotor. Anda juga haruslah mengajarkan kepada ahli keluarga anda agar sentiasa menajga kebersihan diri dan rumah bersama-sama.
Amalan menjada kebersihan ini sebenarnya dapat menghindarkan diri anda daripada penyakit. Sebagai contoh, sebelum makan, anda telah cuci tangan anda bersih-bersih. Jadi, sebarang kuman yang berada di tangan anda tidak akan masuk ke dalam badan dan menjadi penyakit.
8. Berpuasa
Bagi muslim, anda boleh amalkan berpuasa sunat samada hari isnin atau khamis untuk menjaga sistem pemprosesan di dalam perut anda.
Berpuasa sebenarnya bukan sahaja mendapat pahala, bahkan dapat menghindarkan diri anda dari terus menerus makan makanan yang tidak berkhasiat.
9. Bersilaturrahim
Selain mendapatkan gaya hidup yang sihat, bersilaturrahim mampu membuatkan anda memperoleh keluarga bahagia.
Anda haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga, jiran atau rakan-rakan. Selain itu, anda juga boleh pergi menziarahi saudara atau rakan anda yang dalam kesusahan atau sakit.
Ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim, selain dapat menunjukkan kepada ahli keluarga anda bahawa hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri. Tapi juga untuk bersama dengan yang lainnya.
10. Mengambil supplement
Apabila umur semakin meningkat, kolagen di dalam badan juga mulai susut dan lemah. Oleh itu, anda memerlukan supplement tambahan seperti vitamin yang mampu meningkatkan kembali kolagen di dalam badan anda.
Selain dapat meningkat kolagen dalam anda, ia juga mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan anda dan anda akan sukar dijangkiti penyakit.
11. Berfikiran positif
Bersikap dan berfikiran positif mampu membuatkan hidup anda lebih ceria, tenang dan bahagia. Oleh kerana dari fikiran positif akan melahirkan tindakan-tindakan yang positif.
Jika anda lihat, zaman sekarang ini ramai yang diserang sakit jantung dan sebagainya kerana mereka terlalu terbeban dengan bermacam-macam tekanan hidup.
Oleh sebab mereka tidak berfikiran positif, mereka mudah diserang sakit jantung kerana hati mereka tidak tenang dan lega.
12. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Pemeriksaan kesihata secara berkala ini sebenarnya penting bagi meninjau dan memantau tahap kesihatan anda dan .
keluarga. Orang kat mencegah lebih elok dari mengubati.
Tidak salah untuk anda selalu memantau tahap kesihatan anda. Ini semua sebagai langkah berjaga-jaga di mana anda akan menjadi sentiasa berwaspada dan cuba menghindarkan diri dari sesuatu amalan atau pemakan yang tidak baik untuk kesihatan anda.
13. Menjauhi gaya hidup negatif
Untuk dapatkan gaya hidup sihat dan keluarga ceria, anda haruslah menjauhkan diri anda dari gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, menghisap vape, merempit, mengambil dadah, menjual dadah, makan pil-pil perangsang, dan sebagainya yang tida sihat sehingga ianya boleh mengancam nyawa anda dan orang lain.
Oleh kerana gaya hidup negatif ini lah yang akan menyebabkan anda terdedah berbagai penyakit, masalah kesihatan, kecing manis, HIV Aids, dan sebagainya. Bagaimana anda dapat memiliki keluarga yang ceria jika ia mengancam diri anda dan keluarga anda?
Oleh itu, mengamalkan gaya hidup yang sihat sangat penting. Baru anda akan memperoleh keluarga yang ceria dan bahagia.

Kehidupan Di KMPH



Assalamualaikum ,bercakap pasal Kolej Matrikulasi Pahang ni, ya itulah tempat yang saya telah pilih untuk menyambungkan pelajaran sekarang. Sememangnya pusat pengajian yang paling best! Siapa kata Matrikulasi tak best? Sebenarnya memang tak best pon tapi atas orang lah. Kalau tak biasa duduk asrama dan benci peraturan, memang itu la jawapannya.




Pertama sekali,dari segi fasiliti untuk pembelajaran, semuanya cukup.Perpustakaan ada dua tingkat jer, tapi letih gila kalau naik tangga time nak masuk makmal bahasa atau makmal komputer. Lif pun ada tapi untuk lecture sahaja. Bangunan tutorial setinggi 4 tingkat dan tiada lif, kekadang akan ada ramai yang terhantuk kepala masa naik . Dewan kuliah kecil (DKK) ada 4. Dewan kuliah besar (DKB) ada 2. Penghawa dingin kadang-kadang berfungsi,so panas tu memang dasyat. Dewan ada dua. Satu Dewan Mat Kilau(DMK), terletak di tengah-tengah pusat belajar. Satu lagi Dewan Dato' Bahaman (DDB), terletak bersebelahan astaka dan sangat jauh. Kedua-dua dewan ini pon tiada penghawa dingin. 

Surau disana diberi nama Surau Al-Muttaqin. Dua tingkat. Kalau time solat Jumaat, orang luar pun boleh masuk.Tempat study pon boleh kalau dekat surau,lebih afdhal katanya.
Mesin ATM pula cuma ada bank islam dan bank rakyat sahaja. Lokasi mesin ni betul-betul dekat pagar utama KMPh. Bertentangan dengan pondok pengawal. Mesin ATM ni memang jauh. Saya sarankan supaya bawa payung sekali bila nak pergi cucuk duit sebab takde susur gajah. Jangan risau, bila sampai dekat mesin tu, korang akan menikmati saat indah bila keluarkan duit dalam bilik yang berpenghawa dingin tu. Haha.

Seterusnya, blok bangunan asrama. Dekat sini ada 3 Kolej kediaman iaitu A,B dan C. Setiap Kolej ada 2 lagi blok. So, total ada 6 buah bangunan.
Dalam bilik boleh memuatkan 4 orang. Katil single. Meja study dilengkapi lampu study ada 4. Almari besi ada 4 tapi kena bawa bantal dan cadar sendiri. Haha.Tandas terletak di luar. Setiap aras ada tempat ampaian. Aras 1&2 dilengkapi kemudahan dobi. Dekat ground floor pun ada ampaian.

Kedai runcit dekat pusat pelajar pun ada. Macam-macam boleh beli. 
Setiap kolej kediaman ada court. Ada court badminton & bola keranjang. Selain court di Kolej kediaman, court lain pun ada terletak di unit sukan. Seingat saya, Ada court squash, tenis & badminton (indoor). Trek sukan pun ada. Astaka pun besar jugak, dua tingkat.





Tempat rekreasi lain adalah seperti tasik, Laluan Sihat (tempat jogging start dari tasik), Disebabkan ia terletak dikawasan tinggi, jadi budak-budak suka lepak dekat situ. Basikal pun boleh sewa. Setiap hari kecuali sabtu & ahad. Mesti pakai pakaian sukan & berkasut sukan serta bawa kad Matrik.

Pakaian semasa kuliah. Pelajar perempuan wajib pakai baju kurung. Pelajar lelaki berkemeja tiap-tiap hari. T-shirt dan jeans tak boleh pakai. Kasut mesti bertutup bagi semua pelajar. Pakaian kebangsaan boleh asalkan tidak menganggu konsentrasi pelajar. 


Setakat ini sahaja yang saya mampu kongsikan. Walaupon lokasi agak jauh dari bandar tapi suasananya tenang dan damai.

Thursday, 14 September 2017

Tips Sebelum Dan Semasa Temuduga

Apa yang ada di dalam kepala kita bila menyebut pasal temuduga ialah pakaian yang sesuai, bawa dokumen-dokumen berkaitan,bercakap perlu yakin. Sudah pasti semua orang memikirkan perkara yang sama. Oleh itu, saya akan kongsikan beberapa tips yang berguna agar kita lebih bersedia.




1. Fizikal Mental Dan Badan

Calon digalakkan supaya tidur awal. Hal ini membolehkan tubuh badan mendapat rehat yang cukup dan seterusnya akan lebih bertenaga.

Keadaan fizikal yang sihat ini akan membantu calon membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi sesi temuduga, kerana calon perlu menggunakan masa dan tenaga yang banyak dalam membuat persediaan. Sudah pasti keadaan ini memerlukan kondisi tubuh yang sihat dalam menghadapi situasi tersebut.

2. Dokumen

Antara dokumen penting yang perlu disediakan adalah, surat pangggilan temuduga, dokumen pengenalan diri, sijil kelayakan akademik, sijil penglibatan aktiviti luar, sijil kemahiran tambahan dan pencapaian atau penghargaan tertinggi yang pernah diperoleh.

Susun mengikut susunan bermula daripada pendidikan awal sehingga yang  tertinggi. Ini sekaligus menunjukkan kesungguhan, inisiatif dan kreativiti calon itu sendiri.

3. Pengetahuan Am

Bagi mereka yang akan menghadiri sesi temuduga, aspek ini perlu diperkuatkan sebaik-baiknya. Hal ini merupakan antara elemen utama yang akan dinilai pada diri setiap calon. Sebelum pergi ke sesi temuduga, calon digalakkan mencari maklumat penting berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

4.Deskripsi Tugas Jawatan yang Dipohon

Setiap calon perlu mempunyai maklumat mengenai skop bidang tugas yang meliputi peranan, kemahiran yang perlu ada, risiko yang mungkin terdedah sekiranya berjaya menjawat jawatan tersebut dan apa peluang kemajuan kerjaya yang boleh diperoleh.  Maklumat tersebut akan membuatkan calon berasa lebih bersedia sebelum masuk ke sesi temuduga.

5.Isu Semasa Berkaitan Jawatan 

Seseorang yang mempunyai kesungguhan perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang tinggi dan peka terhadap isu semasa yang berlaku di sekeliling. Ini termasuk isu nasional dan juga global. Dengan mengaitkan isu semasa yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, ia akan menambahkan keyakinan dan menambat hati penemuduga untuk mengambil calon itu bekerja.

6.Emosi

Adalah mustahil seseorang calon tidak gementar sebelum menghadiri temuduga. Namun perasaan ini perlu dikawal agar tiada perasaan negatif akan timbul sebelum calon di temuduga, Tidak mampu mengawal emosi akan menyebabkan calon resah, gelisah, emosi negatif dan seterusnya hilang keyakinan sewaktu sesi temuduga. Ini adalah sesuatu yang perlu dielakkan.

7.Keterampilan 

Aspek ini memainkan peranan penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap calon sebelum melangkah masuk ke sesi temuduga. Hal ini kerana, keterampilan diri merupakan perkara pertama yang akan dinilai sebaik sahaja calon melangkah masuk ke bilik temuduga. Keterampilan diri yang kemas, berfungsi untuk memberikan mesej dan impak yang positif kepada penemuduga. Malahan, ia menunjukkan bahawa calon mempunyai kesungguhan, berdisiplin dan serius untuk ditemuduga.

Bagi calon yang akan pergi ke sesi temuduga, ia digalakkan untuk mempunyai keterampilan diri yang sesuai seperti berikut:

Pakaian (Lelaki)


  • Pakaian mestilah kemas dan bersih. Elakkan memakai t-shirt atau baju batik     
  • Warna pakaian hendaklah tidak terlalu gelap (contoh: hitam dan merah biru gelap dan sebagainya). Pakai pakaian yang berwarna lembut dan tidak berwarna-warni.
  • Memakai seluar warna gelap. Seluar hendaklah daripada jenis ‘slack’ dan jangan sekali-kali memakai jeans.
  • Memakai tali pinggang.
  • Sekiranya jawatan yang dipohon merupakan jawatan berstatus profesional, calon disarankan untuk memakai tali leher dan tanda nama (jika ada).
  • Memakai kasut kulit, elakkan hadir dengan memakai selipar atau sandal.
  • Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak berwarna. Sekiranya calon menyimpan janggut dan misai, ia hendaklah dipotong rapi dan tidak nampak berserabut.
  • Memakai pewangi badan, tetapi tidak terlalu banyak.

Pakaian (Perempuan)
  1. Memakai pakaian yang kemas dan tidak terlalu menjolok mata.
  2. Pemilihan warna baju dan tudung haruslah daripada jenis lembut, tidak gelap atau terlalu terang.
  3. Sekiranya calon ingin memakai skirt, ia hendaklah skirt yang labuh dan tidak terlalu pendek.
  4. Memakai kasut kulit bertutup penuh dan berstokin.
  5. Tingkah Laku dan Percakapan
  6. Datang awal ke tempat temuduga. Ini termasuk mengetahui dengan lebih awal lokasi temuduga.
  7. Bersikap tenang dan tidak menunjukkan rasa gementar kepada panel temuduga.
  8. Mengucapkan Salam / Selamat Pagi kepada penemuduga
  9. Tidak duduk sehingga disuruh oleh panel temuduga.
  10. Menyerahkan dokumen apabila diminta.
  11. Membuat hubungan mata ‘eye contact’ dengan panel dengan kadar yang berpatutan terutamanya semasa berinteraksi.
  12. Menjawab soalan yang diajukan dan diiringi dengan sedikit senyuman.
  13. Posisi badan dalam keadaan tegak.
  14. Bertutur dengan nada yang jelas, boleh didengari dan tidak terlalu laju atau perlahan.
  15. Mengucapkan terima kasih sebelum melangkah keluar dari bilik temuduga.

Sebagai kesimpulan, setiap calon yang ingin berjaya perlu membuat persiapan yang rapi sebelum hadir ke sesi temuduga. Elemen dan aspek yang telah dijelaskan di atas perlu diambil serius oleh setiap calon. Penekanan kepada aspek-aspek tersebut dapat membantu, meningkatkan keyakinan calon sebelum berhadapan dengan panel pada sesi temuduga.




Tips Gaya Hidup Sihat

1. Piramid makanan Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan seperti karbohid...